Friday 20 December 2013

Majlis Perasmian Anjung UniMAP Kulim

Anjung UniMAP Kulim, Universiti Malaysia Perlis telah dibuka dengan rasminya pada 2 Februari 2010. Majlis Perasmian Anjung UniMAP, Kulim telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Syed Faizzudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail selaku Tuanku Canselor UniMAP. Turut berangkat dalam majlis tersebut ialah DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahril Akashah selaku Pro Canselor UniMAP, ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, ahli-ahli senat, pegawai-pegawai utama universiti, dekan dan ketua jabatan dan staf-staf yang terlibat.
 



Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan oleh ucapan oleh Y. Bhg. Brid. Gen. Dato' Prof. Dr. Kamarudin Husin selaku Naib Canselor UniMAP. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan dan perasmian daripada DYTM Tuanku Syed Faizzudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; Canselor UniMAP.


Majlis perasmian ini juga diserikan dengan majlis menandatangani MoU antara UniMAP dengan beberapa industri di sekitar Kedah dan Pulau Pinang.






Booth dari pusat-pusat pengajian juga dibuka untuk menyampaikan maklumat dan mempromosikan UniMAP kepada umum khususnya di kawasan Kulim.




Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan persembahan dari Unit Kebudayaan, Kesenian dan rekreasi UniMAP.





-- Anjung UniMAP Kulim --

No comments:

Post a Comment