Sunday, 22 December 2013

Jom Pi UniMAP (Kulim)

Program Jom Pi UniMAP (Kulim) yang diadakan pada 9-10 April 2013 ini melibatkan seramai 360 pelajar dari 12 buah sekolah di sekitar daerah Kulim-Bandar Baharu. Sambutan yang diberikan oleh guru-guru sekolah juga sangat memberangsangkan.

 


Program ini adalah program kali kedua dijalankan di Kulim selepas ianya dijalankan pada tahun 2011 di Dewan Majlis Perbandaran Kulim. Program ini juga telah dirangka untuk dijadikan acara tahunan di Anjung UniMAP Kulim.




Jom Pi UniMAP (Kulim) ini dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan UniMAP kepada pelajar-pelajar sekolah dan orang ramai khususnya di sekitar Kulim dan Bandar Baharu, menjadikan UniMAP sebagai universiti pilihan para pelajar, memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai alam kejuruteraan, menarik minat para pelajar untuk menjadikan bidang kejuruteraan/pengurusan sebagai program pilihan, mendedahkan pelajar-pelajar sekolah dengan program – program yang ditawarkan oleh UniMAP dan menjalin kerjasama yang lebih erat antara pihak UniMAP dengan sekolah-sekolah di sekitar Kulim.




Antara slot-slot pengisian program tersebut adalah sesi ceramah untuk mendedahkan para pelajar mengenai UniMAP dan apa yang ditawarkan di UniMAP supaya para pelajar mendapat gambaran awal mengenai bidang-bidang yang ingin mereka pilih apabila melangkah ke alam universiti kelak. Slot ceramah ini juga diselang selikan dengan sesi kuiz untuk menguji para pelajar mengenai UniMAP.



Booth-booth pameran dari 10 pusat pengajian UniMAP juga disediakan untuk para pelajar mengetahui lebih lanjut mengenai kursus-kursus yang ditawarkan dan produk-produk yang dikeluarkan oleh setiap pusat pengajian seperti robot dsb.






Pihak AUK mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat. Jumpa lagi tahun hadapan.


No comments:

Post a Comment