Sunday, 22 December 2013

Kem Robotik 2013 (Bahagian 1)

UniMAP telah memilih sebanyak 28 buah sekolah di sekitar Kulim sebagai Rakan UniMAP. Sejajar dengan itu, pelbagai aktiviti telah dicadangkan di bawah program tersebut dan diantaranya ialah Kem Robotik. Kem ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai ilmu pengetahuan dalam bidang robotik secara hands-on di samping memupuk minat mereka ke arah bidang tersebut. Selain itu, para pelajar juga berpeluang untuk menyertai pertandingan robotik pada hari kedua dan ketiga kem tersebut.


Kem yang berlangsung selama tiga hari ini dimulakan dengan perasmian dan sesi pengenalan kemudian diikuti dengan sesi taklimat perjalanan kem robotik kepada para pelajar yang menyertai kem ini. Seramai 14 pensyarah-pensyarah UniMAP dipilih untuk menjadi mentor kepada pelajar-pelajar ini dan penyerahan bahan-bahan untuk membina robot diserahkan kepada mentor-mentor tersebut.






Pada sebelah petang selepas selesai pembahagian kumpulan, semua mentor mengadakan perbincangan dengan kumpulan masing-masing strategi untuk membina robot tersebut. Robot yang perlu dibina ialah robot untuk menjatuhkan bola ping pong ke dalam kotak yang disediakan dan robot terpantas yang dapat menjatuhkan kesemua 5 biji bola ping pong ke dalam kotak yang disediakan akan memenangi pertandingan ini.





Hari kedua diteruskan dengan para pelajar bersama mentor masing-masing meneruskan pembinaan robot sebelum memasuki pertandingan liga untuk memilih 4 pasukan yang akan mara ke peringkat separuh akhir.




Selepas minum pagi, diadakan sesi simulasi robot iaitu sesi trial-run untuk melihat sama ada robot yang dibina tersebut berfungsi atau sebaliknya. Pertandingan liga dimulakan selepas makan tengahari hari kedua......bersambung di entri seterusnya






No comments:

Post a Comment