Thursday, 14 August 2014

Peluang Belajar Di Universiti

Assalamualaikum WBT...selamat petang...

[PELUANG BELAJAR DI UNIVERSITI]



Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) membuka peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan tetapi layak untuk menyambung pengajian ke program ijazah UniMAP sesi September 2014/2015 melalui Mod Kemasukan Isi Rumah 40% Terendah (Bottom 40% Household) dengan memenuhi kriteria berikut:
- Pendapatan isi rumah keluarga kurang dari RM 3000 sebulan
- Calon atau ibu/bapa/penjaga adalah Orang Kelainan Upaya (OKU)
- Calon adalah anak yatim atau dijaga oleh ibu/bapa tunggal
- Memenuhi syarat minimum kelayakan akademik yang ditetapkan

Promosi seterusnya akan diadakan pada 21 Ogos 2014 bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang bertempat di:
Anjung UniMAP Kulim
Suite 1.10, 1st Floor,
KHTP Business Centre,
Kulim Hi-Tech Park,
09000 Kulim, Kedah

Sila bawa bersama:
- Kad Pengenalan Calon
- Slip Gaji (pendapatan isi rumah)
- Sijil SPM Calon
- Sijil Matrikulasi/STPM/Siploma (semester 1 - semester akhir)
- Sijil MUET
- Kad OKU (sekiranya berkaitan)
- Kad Kebajikan Masyarakat (sekiranya berkaitan)

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:
Unit Kemasukan & Rekod Pelajar
T: 04-979 8706 / 7941 / 7878 / 8702

atau

Unit Komunikasi Korporat
T: 04-979 8289 / 8297

Tuesday, 8 April 2014

Kursus Computer Aided Drafting in AutoCAD Software

Jom daftar Kursus Computer Aided Drafting in AutoCAD Software yang akan diadakan pada 16-17 April ini di Anjung UniMAP Kulim...

Sila klik DISINI untuk pendaftaran online atau hubungi kami di talian +604 402 2300 untuk sebarang pertanyaan.

Pengurusan

Friday, 10 January 2014

Kelas Bimbingan Matematik Tambahan

Anjung UniMAP Kulim akan menganjurkan Kelas Bimbingan Matematik Tambahan seperti butiran di bawah:


Sila klik DISINI untuk pendaftaran online
atau
hubungi nombor tertera untuk sebarang pertanyaan/pendaftaran.

Monday, 23 December 2013

Kem Robotik 2013 (Bahagian 2)

Pertandingan liga dimulakan selepas makan tengahari hari kedua untuk menentukan kumpulan yang akan mara ke peringkat separuh akhir.





Peringkat separuh akhir pula diadakan pada 5 Julai 2013 sebelum diteruskan dengan pertandingan akhir yang dihadiri oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd. Fo'ad Sakdan; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, mewakili Y. Bhg. Brid. Gen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Husin; Naib Canselor UniMAP.




Program yang julung-julung kali diadakan ini juga mendapat tajaan dari Mattel (M) Sdn Bhd, My Partners Sdn Bhd dan Dream Edge Sdn Bhd. Pihak AUK telah merangka untuk mengadakan program ini secara tahunan memandangkan sambutan yang diberikan amat menggalakkan.




Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan penutup oleh Y. Bhg Prof. Madya Dr. Mohd Foad Sakdan. Seterusnya para tetamu dan semua yang terlibat disajikan dengan jamuan makan tengahari.







Sunday, 22 December 2013

Kem Robotik 2013 (Bahagian 1)

UniMAP telah memilih sebanyak 28 buah sekolah di sekitar Kulim sebagai Rakan UniMAP. Sejajar dengan itu, pelbagai aktiviti telah dicadangkan di bawah program tersebut dan diantaranya ialah Kem Robotik. Kem ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai ilmu pengetahuan dalam bidang robotik secara hands-on di samping memupuk minat mereka ke arah bidang tersebut. Selain itu, para pelajar juga berpeluang untuk menyertai pertandingan robotik pada hari kedua dan ketiga kem tersebut.


Kem yang berlangsung selama tiga hari ini dimulakan dengan perasmian dan sesi pengenalan kemudian diikuti dengan sesi taklimat perjalanan kem robotik kepada para pelajar yang menyertai kem ini. Seramai 14 pensyarah-pensyarah UniMAP dipilih untuk menjadi mentor kepada pelajar-pelajar ini dan penyerahan bahan-bahan untuk membina robot diserahkan kepada mentor-mentor tersebut.






Pada sebelah petang selepas selesai pembahagian kumpulan, semua mentor mengadakan perbincangan dengan kumpulan masing-masing strategi untuk membina robot tersebut. Robot yang perlu dibina ialah robot untuk menjatuhkan bola ping pong ke dalam kotak yang disediakan dan robot terpantas yang dapat menjatuhkan kesemua 5 biji bola ping pong ke dalam kotak yang disediakan akan memenangi pertandingan ini.





Hari kedua diteruskan dengan para pelajar bersama mentor masing-masing meneruskan pembinaan robot sebelum memasuki pertandingan liga untuk memilih 4 pasukan yang akan mara ke peringkat separuh akhir.




Selepas minum pagi, diadakan sesi simulasi robot iaitu sesi trial-run untuk melihat sama ada robot yang dibina tersebut berfungsi atau sebaliknya. Pertandingan liga dimulakan selepas makan tengahari hari kedua......bersambung di entri seterusnya






Jom Pi UniMAP (Kulim)

Program Jom Pi UniMAP (Kulim) yang diadakan pada 9-10 April 2013 ini melibatkan seramai 360 pelajar dari 12 buah sekolah di sekitar daerah Kulim-Bandar Baharu. Sambutan yang diberikan oleh guru-guru sekolah juga sangat memberangsangkan.

 


Program ini adalah program kali kedua dijalankan di Kulim selepas ianya dijalankan pada tahun 2011 di Dewan Majlis Perbandaran Kulim. Program ini juga telah dirangka untuk dijadikan acara tahunan di Anjung UniMAP Kulim.




Jom Pi UniMAP (Kulim) ini dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan UniMAP kepada pelajar-pelajar sekolah dan orang ramai khususnya di sekitar Kulim dan Bandar Baharu, menjadikan UniMAP sebagai universiti pilihan para pelajar, memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai alam kejuruteraan, menarik minat para pelajar untuk menjadikan bidang kejuruteraan/pengurusan sebagai program pilihan, mendedahkan pelajar-pelajar sekolah dengan program – program yang ditawarkan oleh UniMAP dan menjalin kerjasama yang lebih erat antara pihak UniMAP dengan sekolah-sekolah di sekitar Kulim.




Antara slot-slot pengisian program tersebut adalah sesi ceramah untuk mendedahkan para pelajar mengenai UniMAP dan apa yang ditawarkan di UniMAP supaya para pelajar mendapat gambaran awal mengenai bidang-bidang yang ingin mereka pilih apabila melangkah ke alam universiti kelak. Slot ceramah ini juga diselang selikan dengan sesi kuiz untuk menguji para pelajar mengenai UniMAP.



Booth-booth pameran dari 10 pusat pengajian UniMAP juga disediakan untuk para pelajar mengetahui lebih lanjut mengenai kursus-kursus yang ditawarkan dan produk-produk yang dikeluarkan oleh setiap pusat pengajian seperti robot dsb.






Pihak AUK mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat. Jumpa lagi tahun hadapan.


Friday, 20 December 2013

Hari Kerjaya anjuran My Partners Sdn Bhd

My Partners Sdn Bhd dengan kerjasama Pusat Kerjasama Industri (CIC) UniMAP telah menganjurkan Hari Kerjaya 2013 bertempat di ruang legar berhadapan Anjung UniMAP Kulim.



Program selama 1 hari ini melibatkat firma-firma dari pelbagai bidang seperti Osram (Malaysia) Sdn Bhd, MesinNiaga Berhad, Silterra Sdn Bhd, First Solar Sdn Bhd, Celestica Sdn Berhad dan lain-lain serta tidak terkecuali Giant dan McDonalds.




Para pelajar lepasan ijazah yang telah disenarai pendek diletakkan di ruang menunggu sebelum dipanggil masuk untuk sesi temuduga oleh firma-firma yang terlibat.